Viral
"NIK SAYANG WARGA EMAS" MENINGGAL DUNIA.
Selasa, 19 Mac 2024
2:20 am

Sumber: Google Image
Seorang wanita, Fatimatul Syuhada yang dipercayai sebagai kakak kepada Nik Halimatul Saadiah, telah berkongsi berita sedih mengenai pemergian adiknya melalui Instagram Story (IG Story).
Dalam hantaran yang dimuat naik, Fatimatul meminta individu yang pernah berhutang kepada arwah adiknya untuk memberitahu beliau. Dia juga berharap agar arwah adiknya mendapat tempat di kalangan orang beriman.
Fatimatul turut menyatakan bahawa sepanjang hidupnya, adiknya sering menjadi mangsa kekejaman, dan dia berharap bahawa penderitaan yang dialami oleh adiknya itu akan mendapat balasan yang setimpal. Fatimatul juga menyeru untuk menghentikan perbuatan kejam dan tidak menganiayai orang lain.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa Nik Halimatul Saadiah, yang dikenali dengan tagline ‘Nik sayang warga emas’, pernah menjadi tular selepas dia berkahwin untuk kali kedua dengan seorang lelaki berusia 70 tahun ketika usianya baru 20 tahun. Sebelum ini, Nik telah mendirikan rumah tangga pada usia 18 tahun.
Sumber: ohbulan.com
Sumber: Pcari.my
Dikemas Kini: Selasa, 19 Mac 2024, 6:08 am
Recommended for you